Kelas Nadi Mahir Foto (Minggu 15)

1 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Oktober 2025, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus Mahir Foto pada minggu ini ialah Asca Penerbitan (Post Production), Format Editing (Online & Offline), Langkah-Langkah Pasca. Menerangkan kepentingan pasca – penerbitan, format editing serta menerangkan langkah-langkah pasca penerbitan. Selepas itu diadakan sesi praktikal suntingan/editing video menggunakan aplikasi CapCut.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali